Saturday, August 16, 2008

TOMAN EMPANGAN BATU




Setelah sekian lama memancing di merata tempat dari laut lepas, tepian pantai, sungai pergunungan, lombong dan akhirnya kami masih setia kembali ke lubuk toman yang masih mampu memberi kepuasan menakjubkan dengan aksi hebat skala belasan kilo dengan henjutan dan larian kencang serta tipu daya yang amat licik sehingga mampu mematahkan semangat juang para novis. Namun semua itu adalah lumrah yang memberi keseronokan dengan pemandangan menarik dan terdekat cuma 20 minit perjalanan, itulah Empangan Batu yang menjadi pilihan kami.

Bermula dengan 2 kg sekarang melonjak ke belasan kilogram adalah kami,berumpankan keli dari pasar borong yang mudah didapati menyebabkan setiap hari kami melayan Toman yang hebat beraksi tanpa jemu. Menjelang Krismas, 23 disember 2007, Geng King-Tai iaitu Atan dan Wan berpakat untuk beraksi, selepas membeli 2 kg keli dari pasar borong kami bergerak menuju ke lapangan, setelah 20 minit kami pun tiba dilokasi dengan selambanya King-Tai menyelit ditengah tengah kumpulan pemancing sedia ada, setelah memberi salam kami pun memulakan acara membaling keli dan acara memancing tomanpun bermula. dengan berbagai aksi menarik samada dari pemancing sendiri mahupun dari penonton yang sememangnya ramai lebih lebih lagi pada hari cuti, maklumlah udara bersih, pemandangn cantik dan berdekatan dengan kawasan penempatan pulak tu! Dari soalan yang lucu, terkejut dan sindiran yang semuanya kami layan dengan baik, maklumlah umpannya keli yang dibuat goreng cili atau masak lemak jadi macam macam lah soalan nya .

Semuanya kami tidak ambil peduli tapi yang penting bukti! Tup tup... srek sreek sreeek drag shimano ultegra berbunyi, secepat kilat Wan membuka bail arm dan tali sulam 14lb mula keluar ditarik toman dengan lajunya manakala Atan dah bersedia dengan video camera N70 untuk merakam aksi sahabat karibnya beraksi seakan memahami isi hati masing masing, Wan pun menyentap jorannya yang terus melengkung dan drag berbunyi nyaring ditarik Toman, dengan tenang Wan melayan kerenah buruannya jauh ketengah lebih kurang 100m ditengah tasik, setelah 5 minit Toman mula menampak wajah dan semuanya tergamam tidak menyangka buakan air yang agak besar! setelah hampir 7 minit berlalu Raja Empangan Batu pun tertewas di tangan Wan, ramai yang bergambar mahupun merakam video dengan toman 8.5kg tersebut.

Sementara itu, Atan masih lagi merakam video aksi sahabat disebelah, rupa rupanya pada masa yang sama seekor lagi toman skala 5 kg merembat joran disebelah berumpankan ikan carp yang tidak kurang hebatnya bagi novis yang pertama kali merasa tarikan Raja Empangan Batu, setelah ditunjuk ajar oleh Atan toman tersebut berjaya didaratkan, Aksi double strike tersebut dirakam sepenuhnya oleh Atan buat penghibur dimasa lepak kedai mamak bersama geng lain yang tidak berkesempatan untuk beraksi.


Kepada pemancing yang ingin merasa tarikan Toman Empangan Batu, King-Tai menasihatkan supaya jangan cepat jemu, cubalah berusaha dengan mempelbagaikan teknik ikatan mata kail, saiz dan warna juga adalah aspek yang perlu diteliti. Seeloknya mata kail saiz 2/0, tali sekurang kurang nya 15 lb dan perambut kabel adalah disarankan kerana kuasa gigitan Toman dan kelicikan nya memang diakui pemancing. Aspek umpan juga perlu diambil kira jadi pelbagaikan umpan dari anak lampam, carp dan keli adalah biasa digunakan di sini.

No comments: