Wednesday, September 24, 2008

Sunday, September 14, 2008

Fight To Death

VIDEO COLLECTION 3

Walaupun 4 kg tetapi tarikannya menakjubkan

anda nilailah sendiri......

Friday, August 22, 2008

Video Collection 2

Agak besar juga Toman ni , tapi dengan set pancing yang sebegini rupa ianya agak cepat dan mudah tertewas, jadi untuk merasai kepuasan perlawanan kita perlulah lebih adil dalam memilih set pancing atau memang disengajakan untuk target yang lebih besar . . . . 20kg ! suatu hari nanti saya akan postkan disini jika ada !

Cuma 3kg tapi perlawanan agak menarik, dah 2 bulan tak tarik Toman dari lubok ni jadi excited jugak la walaupun agak kecik.

Wednesday, August 20, 2008

VIDEO COLLECTION 1

Dipaparkan video yang merakamkan aksi pemancing Toman di Empangan Batu untuk hiburan para sahabat pemancing semua, moga dengan ini dapatlah kita belajar dan perbaiki kesalahan teknik dan taktik memancing Toman, Bila dah pro tu jangan lupa amalkan tangkap dan lepas agar stok sentiasa mencukupi untuk novis mencuba dilain kali!.







Dirembatnya Toman ni . . . . kesian!






Baru 4kg tangan dah gigil . . . rod tu berat sangat!



Collection no.2

'Dragon Fly' juga menghuni Tasek Bt Dam dan adalah 'food chain'
kepada pemangsa yang lebih besar seperti Lampam dan seterusnya
kepada Toman! itu lah LAGUALAM.

Tersenyum bangga selepas berjaya mendaratkan 5kg Toman.
Toman sebegini adalah saiz yang biasa pancing disini, 5.2kg


Inilah lubuk Bt Dam yang popular tu.......

Kenangan memancing bersama arwah.... baung BBJ




Diantara yang terbesar dapat dipancing: >1kg
Puas! bukan main susah nak pancing Belida ni!

Dianggarkan 15kg, Tongsan sisik halus.


Inilah lubuk Toman Empangan Batu, >50 ekor sudah dipancing dari sini.


Suatu masa, terfikir apa nak dibuat dengan gambar yang diambil sejak sekian lama tersimpan didalam camera, jadi ada baiknya di'post'kan di sini agar sahabat yang lain dapat menatapnya dimasa lapang.

Monday, August 18, 2008

Toman, sebarau, belida, puyu, lampam, patong, baung ... a collection.

Jarang sekali dapat pancing puyu besar ...
Sekali hidangan makan malam je tu.....
Lampam hasil pancing di sebuah kolam kuala garing

Belida dari lombong pusat SERENTI Rawang
Duoble strike... Batu Dam

Trip ke Belum, nov 2007

Close-up Sebarau 3 beradik








Sunday, August 17, 2008

ANAK RINTIK...



Dengan tidak berpuas hatinya Atan kembali mengadu nasib pada hari krismas yang lalu bersama si Along junior, dengan berbekalkan keli satu kilo, kedua beranak tersebut pun bertolak ke 'batu dam' dengan semangat yang berkobar kobar untuk memadamkan rekod Wan tempoh hari. Setelah tiba di lokasi dengan tidak membuang masa Atan pun mula memancing dengan menggunakan set Abu multiplier 6500 manakala Along pula dengan set kegemarannya Shimano 3000, Wan pula sibuk melayan kerenah anak nya tidak dapat turut serta pada kali ini.

Hampir sejam menunggu, tiba tiba set multiplier 6500 dengan tali sulam 40lb mula berbunyi, yes! sang toman dah menyambar umpan. Sementara itu Along dah siap sedia dengan camera untuk merakam aksi bapa kesayangan nya. Setelah pasti keli ditelan toman Atan pun merembat dan joran mula melengkung U tali pula keluar dengan laju nya dari spool, sementara mengawal drag Atan terus melayan toman tersebut sambil megepam joran one piece sehinggalah toman dapat dikawal sepenuhnya. Setelah 10 minit toman mula lemah terpaksa akur dengan kehebatan aksi set pancing heavy duty yang pernah menumpaskan Toman 12.2 kg pada bulan lepas. Toman tadi terus ditimbang, 6.2kg dah dikira baik memandang banyak lagi pemancing lain masih belum merasai tarikan sang Toman. Selepas bergambar toman dilepaskan kembali ketempat asalnya untuk memberi peluang kepada sahabat lain merasai tarikannya pula disamping mengekalkan stok toman empangan batu.

Saturday, August 16, 2008

TOMAN EMPANGAN BATU




Setelah sekian lama memancing di merata tempat dari laut lepas, tepian pantai, sungai pergunungan, lombong dan akhirnya kami masih setia kembali ke lubuk toman yang masih mampu memberi kepuasan menakjubkan dengan aksi hebat skala belasan kilo dengan henjutan dan larian kencang serta tipu daya yang amat licik sehingga mampu mematahkan semangat juang para novis. Namun semua itu adalah lumrah yang memberi keseronokan dengan pemandangan menarik dan terdekat cuma 20 minit perjalanan, itulah Empangan Batu yang menjadi pilihan kami.

Bermula dengan 2 kg sekarang melonjak ke belasan kilogram adalah kami,berumpankan keli dari pasar borong yang mudah didapati menyebabkan setiap hari kami melayan Toman yang hebat beraksi tanpa jemu. Menjelang Krismas, 23 disember 2007, Geng King-Tai iaitu Atan dan Wan berpakat untuk beraksi, selepas membeli 2 kg keli dari pasar borong kami bergerak menuju ke lapangan, setelah 20 minit kami pun tiba dilokasi dengan selambanya King-Tai menyelit ditengah tengah kumpulan pemancing sedia ada, setelah memberi salam kami pun memulakan acara membaling keli dan acara memancing tomanpun bermula. dengan berbagai aksi menarik samada dari pemancing sendiri mahupun dari penonton yang sememangnya ramai lebih lebih lagi pada hari cuti, maklumlah udara bersih, pemandangn cantik dan berdekatan dengan kawasan penempatan pulak tu! Dari soalan yang lucu, terkejut dan sindiran yang semuanya kami layan dengan baik, maklumlah umpannya keli yang dibuat goreng cili atau masak lemak jadi macam macam lah soalan nya .

Semuanya kami tidak ambil peduli tapi yang penting bukti! Tup tup... srek sreek sreeek drag shimano ultegra berbunyi, secepat kilat Wan membuka bail arm dan tali sulam 14lb mula keluar ditarik toman dengan lajunya manakala Atan dah bersedia dengan video camera N70 untuk merakam aksi sahabat karibnya beraksi seakan memahami isi hati masing masing, Wan pun menyentap jorannya yang terus melengkung dan drag berbunyi nyaring ditarik Toman, dengan tenang Wan melayan kerenah buruannya jauh ketengah lebih kurang 100m ditengah tasik, setelah 5 minit Toman mula menampak wajah dan semuanya tergamam tidak menyangka buakan air yang agak besar! setelah hampir 7 minit berlalu Raja Empangan Batu pun tertewas di tangan Wan, ramai yang bergambar mahupun merakam video dengan toman 8.5kg tersebut.

Sementara itu, Atan masih lagi merakam video aksi sahabat disebelah, rupa rupanya pada masa yang sama seekor lagi toman skala 5 kg merembat joran disebelah berumpankan ikan carp yang tidak kurang hebatnya bagi novis yang pertama kali merasa tarikan Raja Empangan Batu, setelah ditunjuk ajar oleh Atan toman tersebut berjaya didaratkan, Aksi double strike tersebut dirakam sepenuhnya oleh Atan buat penghibur dimasa lepak kedai mamak bersama geng lain yang tidak berkesempatan untuk beraksi.


Kepada pemancing yang ingin merasa tarikan Toman Empangan Batu, King-Tai menasihatkan supaya jangan cepat jemu, cubalah berusaha dengan mempelbagaikan teknik ikatan mata kail, saiz dan warna juga adalah aspek yang perlu diteliti. Seeloknya mata kail saiz 2/0, tali sekurang kurang nya 15 lb dan perambut kabel adalah disarankan kerana kuasa gigitan Toman dan kelicikan nya memang diakui pemancing. Aspek umpan juga perlu diambil kira jadi pelbagaikan umpan dari anak lampam, carp dan keli adalah biasa digunakan di sini.